Ahad, 22 Mei 2016 | 11:56pm

Obama tiba di Vietnam tingkatkan keselamatan, hubungan dagang


PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Vietnam lewat hari ini. - Foto AP

HANOI: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Vietnam lewat hari ini bagi lawatan bersejarah sejak dua dekad bagi memulihkan hubungan dengan bekas negara yang pernah dihimpit peperangan dan kedua-dua negara ingin merapatkan hubungan dagang dan memantau kehadiran Beijing di Laut China Selatan.

Pesawat Air Force One mendarat Hanoi untuk memulakan lawatan tiga hari di sini dan Obama dijadualkan bertemu pemimpin komunis Vietnam serta meningkatkan hubungan dengan negara yang dinamik dan semakin berkembang. - AFP

Berita Harian X