Ahad, 15 Mei 2016 | 6:21pm

Zulfahmi tamatkan perlumbaan di tangga kedua

PELUMBA pasukan Orelac Racing VerdNatura, Zulfahmi (kiri) di atas podium. Kali terakhir anak kelahiran Banting itu berada di pentas podium ialah pada tahun 2012 dalam aksi 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia. - Foto Osman Adnan

SEPANG: Selepas empat tahun kemarau tanpa penamat di pentas podium, Zulfahmi Khairuddin kini kembali berada di puncak prestasi selepas berada di tangga kedua kelas Supersport Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sebentar tadi.

Bekas pelumba Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia, Zulfahmi yang memulakan perlumbaan dari petak kelima itu mula mendahului saingan pada pusingan ketiga.

Namun asakan Ayrton Badovini di baki terakhir tiga pusingan memberi saingan sengit kepada Zulfahmi selepas pelumba pasukan GEMAR Ballons - Team Lorini memintasnya.

Kedua-dua pelumba itu saling memintas namun kemenangan jelas memihak kepada Badovini yang juga gelaran pertamanya untuk musim ini.

Pelumba pasukan Orelac Racing VerdNatura, Zulfahmi jelas selesa dengan perlumbaan di permukaan trek basah selepas jadual asal perlumbaan di ubah ke jam 5 petang susulan hujan lebat di Sepang.

Kali terakhir anak kelahiran Banting itu berada di pentas podium ialah pada tahun 2012 dalam aksi 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia.

Ketika itu, dia meraih dua penamat podium iaitu ketiga di Grand Prix (GP) Valencia dan kedua di GP Malaysia.

ZULFAHMI (tengah) bersama rakan sepasukan dan ahli keluarganya meraikan kejayaan. - Foto Osman Adnan
ZULFAHMI (tengah) bersama rakan sepasukan dan ahli keluarganya meraikan kejayaan. - Foto Osman Adnan

ZULFAHMI (kiri) ketika 'warm-up lap' perlumbaan kelas supersport dalam keadaan hujan lebat pada perlumbaan kelas Supersport Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X