Sabtu, 14 Mei 2016 | 2:28pm

China-Thai buat latihan tentera bersama

BEIJING: China dan Thailand akan menganjurkan latihan ketenteraan bersama bulan ini, menurut Kementerian Pertahanan China yang sekali gus satu petunjuk hubungan semakin baik selepas junta merampas kuasa pada 2014.

Difahamkan, tentera Thai cuba mengimbangi hubungan tradisi rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dengan meningkatkan hubungan dengan China sejak rampasan kuasa pada 2014 yang dikritik Washington dan negara Barat lain.

Menurut kementerian itu, latihan bermula 19 Mei hingga 10 Jun itu akan membabitkan operasi darat dan laut selain latihan bantuan kemanusiaan dan pengangkutan maritim.

China mencetuskan kemarahan Asia Tenggara dengan tindakan menguatkan cengkaman di Laut China Selatan.

Beijing menolak tuntutan bertindih daripada Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

Thailand bagaimanapun tidak mempunyai tuntutan bertindih di perairan yang dipertikaikan itu. - Reuters

Berita Harian X