Jumaat, 13 Mei 2016 | 10:40pm

Ahli Parlimen Jelebu selamat jalani pembedahan

AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. - Foto Iqmal Haqim Rosman
AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA KLAWANG: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam ini.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, berkata pembedahan bermula jam 7 malam itu selesai dua jam kemudian.

"Kita difahamkan, semua ketumbuhan dalam kepalanya berjaya dikeluarkan dan beliau kini berada dalam keadaan stabil walaupun belum sedarkan diri," katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Zainudin, 57, dihantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri, jam 12 tengah hari tadi, dan dikejarkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari, sebelum doktor mengesan ketumbuhan di dalam kepalanya.

Berita Harian X