Jumaat, 13 Mei 2016 | 4:20pm

Ahli Parlimen Jelebu dirawat di HKL

AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail. - Foto Iqmal Haqim Rosman
AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA KLAWANG: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di sini, tengah hari tadi.

Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, berkata Zainuddin sebelum itu dihantar ke Hospital Jelebu pada jam 12 tengah hari, sebelum dirujuk ke HKL.

"Buat masa ini (sehingga jam 4 petang), saya difahamkan beliau belum sedarkan diri di wad kecemasan HKL.

"Doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian itu," katanya di sini, hari ini.

Jalaluddin meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penyakit Zainuddin dan menunggu hasil pemeriksaan doktor bagi mengetahui sebab sebenar beliau tidak sedarkan diri.

Berita Harian X