Khamis, 5 Mei 2016 | 5:56pm
 PROF Dr Emeritus Hashim Musa dalam Program Bersama Penulis Tatabahasa Dewan pada Pesta Buku Antarabangsa di Malayssia Agro Exposition Parks Serdang (MAEPS) Selangor. - Foto Shiraz Ali
PROF Dr Emeritus Hashim Musa dalam Program Bersama Penulis Tatabahasa Dewan pada Pesta Buku Antarabangsa di Malayssia Agro Exposition Parks Serdang (MAEPS) Selangor. - Foto Shiraz Ali

Bahasa Melayu cacamarba, tanda penutur tidak berbudaya tinggi

DARI kiri, Prof Dr Emeritus Hashim Musa, Datuk Prof. Dr. Emeritus Nik Safiah Karim, Abdul Ghani Abu, Muhammad Salehudin Aman dan Abdul Ghalib Yunus dalam Program Bersama Penulis Tatabahasa Dewan pada Pesta Buku Antarabangsa di Malayssia Agro Exposition Parks Serdang (MAEPS) Selangor. - Foto Shiraz Ali

SERDANG: Penggunaan bahasa Melayu yang cacamarba pada acara rasmi menandakan penuturnya tidak melambangkan budaya tinggi.

Sarjana Tamu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Emeritus Hashim Musa, berkata kegagalan berbahasa dengan betul juga menjadi lambang latar dan status pendidikan yang diperoleh.

Beliau turut menjadikan Parlimen British sebagai contoh apabila menyifatkan penggunaan bahasa Ahli Parlimen negara itu yang membanggakan.

"Kalau kita lihat di negara ini, bukan saja di Parlimen, bahkan temubual di kaca televisyen juga memperlihatkan senario rakyat Malaysia cenderung mencampuradukkan antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu," katanya dalam Acara Forum Bersama Penulis sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016, Pusat Pameran Taman Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Hashim berkata, bahasa Melayu mempunyai dua laras, iaitu rasmi dan tidak rasmi sehingga ia perlu digunakan mengikut kesesuaian.

"Kalau di luar acara rasmi gunalah bahasa apapun, tetapi untuk acara rasmi misalnya di Parlimen atau temubual di televisyen dan radio serta penulisan, kita perlu menggunakan laras rasmi," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X