Isnin, 2 Mei 2016 | 4:35pm

Gangguan bekalan air di Pasir Gudang, Masai 

JOHOR BAHRU: Sebanyak 56 kawasan di sekitar Pasir Gudang dan Masai dijangka mengalami tekanan air rendah serta gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 8 pagi Ahad ini.

Syarikat Air Johor Sdn Bhd (SAJ) dalam kenyataan di sini, berkata gangguan bekalan itu susulan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, Sungai Layang, dekat sini.

Antara kawasan terbabit di Pasir Gudang termasuk Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Johor, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Kampung Tanjung Langsat, Kampung Perigi Acheh, Kampung Pasir Gudang Baru, Taman Mawar, Taman Cendana, Taman Bukit Dahlia, Kampung Pasir Putih, Taman Pasir Putih dan Taman Tanjung Puteri Resort.

Gangguan bekalan air turut membabitkan Taman Air Biru, bandar Pasir Gudang dan Pusat Perdagangan 1 serta 2 Pasir Gudang, selain Taman Kota Masai, Kampung Cahaya Baru, sepanjang Jalan Kong Kong, Taman Bestari Perdana, Bandar Layangkasa, Kampung Sentosa 2, Flat Desa Rakyat Perdana, Taman Scientex dan Jalan Perdagangan Damai Taman Nusa Damai.

Turut terbabit di sekitar sempadan Masai termasuk Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Bandar Masai, Taman Rinting, Taman Sierra Perdana, Kampung Kuala Masai, Taman Bukit Rinting, Taman Megah Ria, Kampung Teluk Jawa, Bandar Seri Alam, Taman Flora Height, Kaw Tong San, Taman Cahaya Kota Puteri, Senibong Villa, Bandar Permas Jaya, Senibong Cove, Kampung Senibong, Kampung Plentong Baru, Taman Sri Plentong, Taman Ria Plentong, Taman Plentong Baru dan Kawasan Perindustrian Sri Plentong.

Kawasan lain ialah Kawasan Perindustrian Plentong, Kota Puteri, Desa Plentong, Tebrau 1, Tebrau 2 dan Tebrau 4, selain Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Sekolah Seni, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta Sekolah Antarabangsa.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang terbabit menerusi talian bebas tol 1800-88-7474 atau laman sesawang www.saj.com.my.

Berita Harian X