Rabu, 27 April 2016 | 9:07am

Kualiti udara semakin baik

KUALA LUMPUR: Hujan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang petang semalam, menjadikan kualiti udara lebih baik dengan kebanyakan tempat merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan bacaan sederhana.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 21 kawasan mencatat IPU sederhana termasuk Pelabuhan Klang dengan bacaan 73 setakat jam 5 pagi tadi.

Antara kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Shah Alam (61), Nilai (65), Batu Muda (59), Petaling Jaya (54), Cheras (56) dan Banting (55).

Sejumlah 24 kawasan merekodkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Berita Harian X