Rabu, 27 April 2016 | 12:18am

Kebakaran besar musnahkan muzium sejarah India


SATU kebakaran hari ini memusnahkan sebuah muzium sejarah di ibu kota ini yang mempamerkan sejumlah besar tumbuhan dan haiwan, antaranya fosil dinosaur 160 juta tahun. - Foto EPAa

NEW DELHI: Satu kebakaran hari ini memusnahkan sebuah muzium sejarah di ibu kota ini yang mempamerkan sejumlah besar tumbuhan dan haiwan, antaranya fosil dinosaur 160 juta tahun.

Lebih 100 anggota bomba bergelut memadam kebakaran selama kira-kira tiga jam yang meletus awal pagi hari ini di tingkat atas Muzium Sejarah Nasional negara itu.

"Kerosakan amat besar," kata Rajesh Panwar, timbalan ketua Perkhidmatan Bomba New Delhi, menambah sesetengah bahagian muzium sedang diubah suai dan sistem memadam api tidak berfungsi.

Katanya, jika alat memadam kebakaran berfungsi, api dapat dikawal dengan baik.

Akhbar Times of India melaporkan, antara spesimen berharga dalam muzium itu adalah tulang dinosaur berusia 160 juta tahun.

Menteri Alam Sekitar Persekutuan Prakash Javadekar, yang mengarahkan semakan semula keselamatan muzium kendalian kerajaan, berkata sejauh mana kerosakan akan diketahui sebaik saja perkhidmatan bomba menyerahkan bangunan itu kepada jabatan yang menguruskan muzium.

Muzium di tengah ibu kota ini, amat popular di kalangan murid sekolah, namun kebakaran berlaku beberapa jam sebelum masa pembukaan. -Reuters

Berita Harian X