Sabtu, 23 April 2016 | 1:01am

Ketiadaan Vardy beri kesan kepada Leicester - Pochettino


PEMAIN Leicester City, Jamie Vardy. - Foto Reuters

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino percaya hukuman penggantungan ke atas Jamie Vardy akan membawa impak besar terhadap usaha Leicester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang England itu digantung selepas bertindak balas ketika diperintah keluar padang oleh Jon Moss yang menyaksikan The Foxes terikat 2-2 dengan West Ham, kelmarin.

Vardy yang pada musim ini menampilkan persembahan prolifik - apabila menyumbat 22 gol setakat ini - memainkan peranan utama dalam peningkatan mendadak yang ditunjukkan Leicester, yang mana mereka kini menerajui liga dengan kelebihan lima mata berbanding Tottenham.

Tetapi dia kini digantung daripada pertemuan berdepan Swansea esok dan mungkin juga akan terlepas perlawanan seterusnya menentang Manchester United.

"Saya fikir ia akan memberi kesan besar untuk Leicester kerana Vardy adalah salah seorang pemain terbaik dalam EPL. Saya pasti mereka pasti akan terkesan," kata Pochettino. - AFP

Berita Harian X