Khamis, 21 April 2016 | 7:21pm

Celcom FIRST Platinum tawar 18GB data

Datuk Seri Shazalli Ramly.

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd memperkenalkan FIRST Platinum, yang menawarkan hingga 18 gigabit (GB) kuota data sebulan, panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had pada kadar RM150 sebulan.

Ia sebagai pelan tambahan baharu kepada segmen 'FIRST' yang menawarkan pengalaman internet lebih hebat kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata FIRST Platinum adalah satu pelan yang disediakan untuk keperluan digital yang sentiasa berubah di kalangan rakyat negara ini.

"Keistimewaan yang disediakan menerusi pelan ini juga mempunyai kelebihan dan eksklusif berbanding pelan sedia ada," katanya menerusi kenyataan hari ini.

First Platinum', tambahan terbaru kepada jenama 'First' selepas 'Blue' dan 'Gold', menyasarkan pelanggan segmen premium dengan penggunaan data yang tinggi.

Pelan berkenaan ditawarkan pada kadar RM150 sebulan, menyediakan 18 gigabit (GB) kuota data sebulan, panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke semua rangkaian, serta sehingga 9GB Internet yang tidak gunakan boleh dibawa ke hadapan.

Pendaftaran bagi pelan itu dibuka mulai 15 April hingga 31 Mei ini.

Ketua Jualan dan Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin, pula berkata, peningkatan permintaan pelanggan untuk kemudahan internet mudah alih lebih besar dan lebih baik mendorong Celcom untuk memperkenalkan pelan terbaharu itu.

"Sama ada untuk tujuan kerja dan bermain, pelanggan sentiasa memerlukan pelan data yang membolehkan mereka mampu merasai pengalaman internet lebih baik," katanya.

Berita Harian X