X
Rabu, 29 Oktober 2014 | 2:52pm

Kuantan, Temerloh lokasi utama jual tiket final

KUANTAN: Stadium Darul Makmur, di sini dan Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh adalah dua lokasi utama untuk menjual tiket perlawanan akhir Piala Malaysia kepada penyokong Pahang, esok.

Difahamkan keutamaan jualan akan diberikan dahulu kepada ahli gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Daerah, jabatan kerajaan, penaja sebelum tiket dijual kepada penyokong skuad Tok Gajah.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata jumlah tiket akan diumumkan selepas mendapat perkenan Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Dia juga berkata pihaknya akan membuat keputusan terbaik kepada penyokong Pahang kerana mereka adalah penting dan sumber inspirasi kejayaan pasukan negeri.

Kira-kira 40,000 tiket difahamkan akan diberi kepada penyokong skuad Tok Gajah.

Pahang akan menentang Johor Darul Ta'zim dalam final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X