Khamis, 14 April 2016 | 6:35pm

Celcom perkenal WONDEROAM, pakej mudah perayauan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd menyelesaikan kebimbangan pengguna terhadap perkhidmatan perayauan antarabangsa dengan memperkenalkan WONDEROAM.

WONDEROAM melanjutkan pengalaman perayauan antarabangsa mudah alih pengguna dalam hanya satu kadar tetap menerusi dua pelan iaitu pelan harian dan pelan mingguan.

Ketua Jualan dan Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata WONDEROAM 1 DAY Internet RM38 menyedikan liputan data 160 negara, sekurang-kurangnya dua operator pilihan, 50MB internet berkelajuan tinggi dan sistem automatik menghentikan penggunaan data apabila di luar operator pilihan.

Katanya, WONDEROAM 1 Week RM138 menjadi pek eksklusif kepada pengguna pelan FiRST GOLD dan FiRST PLATINUM menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, dan 3GB internet di 10 negara terpilih.

"Bagi pengguna akaun prabayar Xpax, Celcom menyediakan WONDERAOAM 1 Day Social RM10 sehari di 10 negara.

"Menerusinya, pelanggan Xpax akan menikmati 1GB untuk Facebook, Twitter dan Whasapp, 50MB internet berkelajuan tinggi percuma, dan 50MB Internet berkelajuan biasa.

Berita Harian X