Isnin, 11 April 2016 | 1:33am

Moto3: Dua pelumba kita gagal menyerlah

Sanchez mengumumkan pilihan raya awal Sepanyol pada 28 April ini selepas mesyuarat Kabinet luar biasa di Istana Presiden Moncloa, Madrid, susulan penolakan cadangan bajet beliau di Parlimen. -Foto EPA

KUALA LUMPUR: Dua pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin dan Khairul Idham Pawi gagal menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di kedudukan terpuji, sebentar tadi.

Pada perlumbaan di litar penuh teknikal, Litar Amerika (COTA) itu, Khairul yang juga juara GP Argentina dalam kelas ketiga perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sekadar mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-20.

Begitupun, tidak banyak harapan diletakkan kepada pelumba pasukan Honda Asia itu selepas terpaksa memulakan di petak ke-32, kedudukan dua terakhir di grid perlumbaan.

Pelumba pasukan Drive M7 SIC, Adam yang diletakkan harapan lebih tinggi kerana memulakan perlumbaan di petak keenam juga tidak berjaya mendapatkan keputusan positif.

Lebih malang buat pelumba berusia 17 tahun itu apabila dia terjatuh seawal pusingan pertama perlumbaan.

Perlumbaan GP Amerika dimenangi pelumba Itali dari pasukan Sky Racing, Romano Fenati dengan catatan 41 minit 14.868 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Sepanyol, Jorge Navarro, ketinggalan 6.612 saat diikuti pelumba Red Bull KTM, Brad Binder dari Afrika Selatan melengkapkan kedudukan podium.

Khairul Idham terpaksa memulakan perlumbaan di petak kedua terakhir selepas dihimpit masalah ketidaktentuan cuaca pada sesi kelayakan, kelmarin.

Bagi Adam, ini kali kedua dia terjatuh selepas di GP Argentina, minggu lalu.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X