Ahad, 3 April 2016 | 8:58pm
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menamatkan acara Ironman yang disertainya di Putrajaya, hari ini. - Foto ihsan twitter Khairy Jamaluddin

KJ sertai Ironman 70.3 Putrajaya

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencabar dirinya dengan menyertai Ironman 70.3 Putrajaya 2016 yang dianjurkan di sini, hari ini.

Dia membuktikan kemampuannya apabila berjaya menyelesaikan semua cabaran renang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal sejauh 90 km dan larian sejauh 21.1 km.

Menerusi akaun Twitter miliknya Khairy berkata, ia adalah sukan yang bukan saja menguji fizikal tetapi mental.

"Mental game. All in head. Menang atau tewas dalam kepala," katanya.

Dalam persaingan Ironman 70.3 Putrajaya 2016 itu, bekas juara, Craig Alexander dari Australia dan Radka Vodickova dari Republik Czech masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita.

Kira-kira 1,300 atlet dari 51 negara mengambil bahagian untuk edisi tahun ini.

Berita Harian X