Selasa, 29 March 2016 | 1:27pm

500 pemandu teksi berhimpun bantah Uber, Grabcar

PEMANDU teksi membuat mogok membantah persaingan daripada aplikasi pengangkutan seperti Uber dan Grab di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali


KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pemandu teksi berkumpul menyatakan bantahan terhadap perkhidmatan kereta sapu profesional Uber dan Grabcar, pagi ini.

Demonstrasi secara aman itu diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu depan pusat beli-belah Pavilion, KLCC dan Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perhimpunan bermula di Pavilion mulai jam 9.30 pagi disuraikan selepas dua jam berkumpul dan beberapa tangkapan dibuat.

Kebanyakan yang disuraikan di Pavilion kemudian menyertai kumpulan kecil di KLCC dan ada yang menuju ke KL Sentral.

Difahamkan, beberapa pemandu teksi yang ditahan disyaki ketua dalam kalangan mereka kerana lantang bersuara ketika perhimpunan berlangsung.

Menurut pemandu teksi yang ditemui, perhimpunan bertujuan mendesak kerajaan mengharamkan Uber dan Grabcar atau membenarkan peraturan sama kepada teksi.

JALAN Bukit Bintang lengang kerana ditutup selepas pemandu teksi melakukan mogok. - Foto Yazit Razali

PERHIMPUNAN bertujuan mendesak kerajaan mengharamkan Uber dan Grabcar atau membenarkan peraturan sama kepada teksi. - Foto Yazit Ra

Berita Harian X