Isnin, 28 March 2016 | 12:09am
LALUAN masuk ke Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN masuk ke Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
MALIM gunung, Mohd Nazri Hamid menunjukkan batu kapur yang menyerupai bentuk seekor gajah dalam Gua Kelambu dekat Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
MALIM gunung, Mohd Nazri Hamid menunjukkan batu kapur yang menyerupai bentuk seekor gajah dalam Gua Kelambu dekat Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN masuk Gua Kelambu. - Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN masuk Gua Kelambu. - Foto Sharul Hafiz Zam
MOHD Nazri Hamid menunjukkan batu kapur yang menyerupai bentuk haiwan dan manusia di Gua Kelambu. - Foto Sharul Hafiz Zam
MOHD Nazri Hamid menunjukkan batu kapur yang menyerupai bentuk haiwan dan manusia di Gua Kelambu. - Foto Sharul Hafiz Zam
MOHD Nazri Hamid menunjukkan najis kelawar yang terdapat di dalam Gua Gelap di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
MOHD Nazri Hamid menunjukkan najis kelawar yang terdapat di dalam Gua Gelap di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
KELAWAR yang menghuni Gua Gelap di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
KELAWAR yang menghuni Gua Gelap di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN utama ke Gua Gelap yang terletak di Gunung Pulai.- Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN utama ke Gua Gelap yang terletak di Gunung Pulai.- Foto Sharul Hafiz Zam
PELANCONG melawat keindahan Gua Layang-layang di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
PELANCONG melawat keindahan Gua Layang-layang di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN masuk ke Gua Tok Sik di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
LALUAN masuk ke Gua Tok Sik di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
PELANCONG mendaki Gua Tok Sik di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
PELANCONG mendaki Gua Tok Sik di Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam

Kuari gugat Gunung Pulai


BALING: Keaslian dan keindahan alam semula jadi sekitar Gunung Pulai di sini, dikhuatiri rosak ekoran cadangan pembinaan kuari dan kilang batu kapur di kawasan Gua Kelambu dekat Pulai di sini.

Projek itu dijangka dibangunkan dalam masa terdekat atas tapak seluas kira-kira dua hektar yang terletak berdekatan laluan masuk ke Gunung Pulai, berhampiran Kampung Sungai Limau.

Maklumat pada papan tanda larangan menceroboh, yang dipasang berhampiran laluan masuk Gunung Pulai, memaklumkan kawasan itu diluluskan kepada YIKED Holdings Sd Bhd, iaitu anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Pulai Lama, Mohd Desa Murad, berkata kira-kira 600 penduduk sekitar Gunung Pulai membantah cadangan projek itu kerana kesan buruknya kepada mereka.

PENGERUSI Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Pulai Lama, Mohd Desa Murad. -Foto Sharul Hafiz Zam
PENGERUSI Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Pulai Lama, Mohd Desa Murad. -Foto Sharul Hafiz Zam

Beliau mendakwa, kawasan itu dipercayai mula dimohon pihak terbabit pada 2008 dengan mesyuarat bersama penduduk kampung dibuat dua tahun kemudian, sebelum surat bantahan dihantar pihaknya kepada Pejabat Daerah Baling pada Oktober 2011.

Katanya, selain empat kampung di bawah JKKK Pekan Pulai Lama iaitu Kampung Paya, Kampung Tok Danu, Kampung Tok Mohd dan Kampung Tok Harun, pihaknya percaya empat JKKK lain turut membantah projek terbabit iaitu Kampung Gabus, Kampung Temusu, Sungai Limau dan Batu 42.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan surat bantahan itu dipanjangkan oleh Pejabat Daerah Baling kepada YIKED Holdings Sdn Bhd pada November 2011.

"Selepas itu tiada maklum balas kami terima sehinggalah bulan lalu apabila tiba-tiba papan tanda yang memaklumkan bahawa tanah di kawasan Gunung Pulai itu sudah menjadi milik syarikat terbabit.

PAPAN tanda yang memaklumkan bahawa sebidang tanah berhampiran Gunung Pulai kini menjadi milik YIKED Holdings Sdn Bhd. - Foto Sharul Hafiz Zam
PAPAN tanda yang memaklumkan bahawa sebidang tanah berhampiran Gunung Pulai kini menjadi milik YIKED Holdings Sdn Bhd. - Foto Sharul Hafiz Zam

"Kami memang membantah projek ini kerana ia memberikan kesan negatif kepada penduduk kampung berhampiran, selain merosakkan khazanah alam yang ada di Gunung Pulai, " katanya.

Beliau mendakwa, operasi kuari dan kilang batu kapur itu boleh memberi kesan kepada kawasan yang terletak kira-kira dua kilometer di sekelilingnya, sekali gus membuatkan penduduk sekitar dalam keadaan tidak selamat.

Katanya, antara kesan negatif berlaku operasi kilang terbabit termasuklah letupan boleh membahayakan kampung berdekatan, habuk batu kapur mencemarkan alam sekitar, sekali gus membawa penyakit serta menjejaskan kesihatan mereka.

"Bukan itu sahaja, ia juga boleh mencemarkan sungai apabila air batu kapur mengalir ke situ sekali gus mengganggu bekalan serta merosakkan kawasan perkelahan di Gua Kelambu dan jalan sedia ada.

SUNGAI Ketil yang terletak di kaki Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
SUNGAI Ketil yang terletak di kaki Gunung Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam

"Ekonomi penduduk setempat dikhuatiri menerima kesan berikutan kebanyakan mereka ada yang menjadikan Gunung Pulai sebagai punca pendapatan seperti bertani.

"Begitu juga dengan hasil yang ada di Gunung Pulai seperti hidupan liar dan tumbuhan paku haji, rotan, orkid yang dikhuatiri terganggu begitu juga habitat hidupan liar di atas itu," katanya.

Mohd Desa berkata, dalam tuntutan mereka, penduduk mahu kerajaan negeri membuat kajian terlebih dahulu sebelum meluluskan sebarang projek di situ.

Beliau berkata, penduduk dijangka mengadakan demonstrasi secara aman di kaki Gunung Pulai dalam masa terdekat ini, sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pegawai Daerah.

GUNUNG Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam
GUNUNG Pulai. - Foto Sharul Hafiz Zam

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), Datuk Badrol Hisham Hashim, ketika mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan menilai semula keupayaan projek berkenaan, sama ada boleh diteruskan atau tidak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, berkata pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk lokasinya, sama ada benar-benar berhampiran penempatan penduduk.

"Saya sendiri belum mendapat maklumat terperinci berhubung projek itu. Ia harus diperiksa terlebih dahulu, sama ada benar-benar berhampiran lokasi penempatan.

"Selepas memperoleh maklumat baharulah kita tengok balik termasuk menilai kebolehlaksanaan projek berkenaan," katanya.

Berita Harian X