Sabtu, 26 March 2016 | 11:38pm

Suspek penyerang mungkin pengebom lapangan terbang

SEORANG suspek dinamakan sebagai Faycal C didakwa atas tuduhan membunuh dan polis. - Foto EPA

BRUSSELS: Seorang suspek dinamakan sebagai Faycal C didakwa atas tuduhan membunuh dan polis cuba mengesahkan jika dia adalah pengebom nekad ketiga di lapangan terbang di sini yang melarikan diri dari tempat kejadian, kata sumber rapat dengan siasatan hari ini.

"Dia didakwa mengambil bahagian dalam kumpulan pengganas, membunuh dan cubaan melakukan pembunuhan keganasan," kata pendakwa raya dalam satu kenyataan, menamakan suspek sebagai Faycal C, seorang daripada enam yang ditahan dalam serbuan polis lewat Khamis lalu.

Ditanya jika Faycal C adalah suspek dirakam dalam CCTV memakai topi bersama dua pengebom, sumber rapat dengan siasatan berkata ia masih belum disahkan.

"Ia adalah satu hipotesis yang penyiasat sedang lakukan," kata sumber yang enggan dikenali.

Media Belgium berulang kali menamakan lelaki dilihat dalam rakaman video pengawasan memakai kot longgar dan topi hitam sebagai Faycal C, namun ia tidak disahkan sumber perundangan. - AFP

Berita Harian X