Sabtu, 26 March 2016 | 10:04pm

Lukaku sepatutnya wakili United, Munich

LUKAKU menyertai Everton dengan nilai perpindahan STG28 juta (RM159 juta) daripada Chelsea dan sudah meledak 25 gol daripada 36 penampilan musim ini. - Foto Reuters
LUKAKU menyertai Everton dengan nilai perpindahan STG28 juta (RM159 juta) daripada Chelsea dan sudah meledak 25 gol daripada 36 penampilan musim ini. - Foto Reuters

BRUSSELS: Romelu Lukaku seharusnya beraksi untuk Manchester United atau Bayern Munich, kata bapa kepada penyerang Everton itu.

Penyerang berusia 22 tahun itu menyertai Everton dengan nilai perpindahan STG28 juta (RM159 juta) daripada Chelsea dan sudah meledak 25 gol daripada 36 penampilan musim ini.

Pemain antarabangsa Belgium itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan terkemuka dan Eropah dan Roger Lukaku percaya anaknya kini sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam karier bola sepaknya.

"Dia sudah bersedia," kata Lukaku Sr kepada Het Laatste Nieuws.

"Saya dapat melihat ada beberapa pasukan berminat untuk mendapatkan khidmatnya termasuklah Atletico Madrid, Bayern Munich, Juventus, Chelsea dan juga Manchester United.

"Saya rasa dia perlu memilih Manchester United ataupun Bayern Munich." - Agensi

Berita Harian X