Jumaat, 25 March 2016 | 12:02pm

Vietnam tempelak Taiwan bawa wartawan ke pulau


PULAU Itu Aba.

HANOI: Vietnam menempelak Taiwan semalam selepas membawa wartawan ke sebuah pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Menurut Taiwan lawatan itu melanggar undang-undang dan tidak membawa makna sekali gus melanggar kehendak masyarakat antarabangsa.

Maklum balas Kementerian Luar Negara Vietnam berhubung lawatan pertama media antarabangsa ke pulau Itu Aba di kepulauan Spratly agak pantas.

Lazimnya Vietnam lambat membangkitkan bantahan terhadap isu membabitkan pertikaian wilayah. Vietnam, Taiwan, China, Malaysia, Filipina dan Brunei mempunyai tuntutan bertindan di kepulauan Spratly.

Itu Aba mula menjadi tumpuan selepas Filipina mencabar kesahihan tuntutan China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, berasaskan sembilan garis kontroversi pada petanya.

Lawatan media itu adalah sebahagian daripada kempen propaganda Taiwan ke atas Itu Aba, yang turut menyaksikan lawatan berprofil tinggi oleh Presiden Ma Ying-jeou pada Januari lalu. - REUTERS

Berita Harian X