Sabtu, 19 March 2016 | 11:24pm

DFKL 2016: Drama Kau Aku Kita bolot 6 trofi


AZMAN Yahya (dua dari kiri) dan Sheila Rusly (empat dari kiri) menyampaikan ucapan selepas menerima Anugerah Drama Pilihan melalui drama Kau Aku Kita pada Malam Anugerah Drama Festival KL (DFKL) 2016 di PWTC, malam ini. - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) yang berlangsung malam ini, menyaksikan drama Kau Aku Kita menang besar apabila menjadi pilihan pengundi untuk menjulang enam trofi termasuk Drama Pilihan.

Acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini itu turut menobatkan pengarahnya, Azman Yahya sebagai Pengarah Pilihan.

Drama terbitan JS Pictures itu turut unggul apabila gandingan pelakon utamanya, Saharul Ridzwan dan Janna Nick memenangi trofi Aktor Pilihan dan Aktres Pilihan.

Mereka juga menjadi pilihan pengundi untuk diangkat sebagai Pasangan Pilihan.

Meneruskan kecemerlangan Kau Aku Kita, penulis skripnya, Rehal Nuharis pula membolot trofi Skrip Pilihan.

Anugerah DFKL 2016 juga mengiktiraf bakat baharu, Ruhainies menerusi drama Hello Mr Perfect sebagai pemenang trofi Antagonis Pilihan dan Sissy Iman untuk kategori Lagu/OST Pilihan menerusi Mungkin Kamu-OST Eksperimen Cinta.

Berikut senarai pemenang Anugerah DFKL 2016:

Drama Pilihan - Kau Aku Kita

Aktor Pilihan - Saharul Ridzwan (Kau Aku Kita)

Aktres Pilihan - Janna Nick (Kau Aku Kita)

Pengarah Pilihan - Azman Yahya (Kau Aku Kita)

Pasangan Pilihan - Saharul Ridzwan & Janna Nick (Kau Aku Kita)

Skrip Pilihan - Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)

Lagu/OST Pilihan - Mungkin Kamu (Sissy Iman -Ost Eksperimen Cinta)

Antagonis Pilihan - Ruhainies (Hello Mr Perfect)

Drama Pendek Pilihan - Kembara Si Kecil (Muhammad Firhdaus Rahmat)

Berita Harian X