Khamis, 17 March 2016 | 11:06am

Atlet sokong Russia digantung kerana isu doping

PELARI jarak sederhana Amerika Syarikat, Brenda Martinez bercakap pada sidang media sebelumKejohanan Olahraga Tertutup Dunia ISSF di Portland, Oregon. - Foto AFP
PELARI jarak sederhana Amerika Syarikat, Brenda Martinez bercakap pada sidang media sebelumKejohanan Olahraga Tertutup Dunia ISSF di Portland, Oregon. - Foto AFP

PORTLAND: Pelari jarak sederhana Amerika Syarikat, Brenda Martinez mengalu-alukan pengecualian atlet Russia daripada Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia, semalam dan berkata dia percaya penggantungan itu sepatutnya diteruskan sehingga Sukan Olimpik.

Martinez, 28, dinafikan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2013 yang dimenangi Mariya Savinova selepas didapati bersalah dengan penyalahgunaan bahan terlarang, dengan kini disaran penggantungan seumur hidup dalam laporan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) terhadap isu doping di Russia.

Martinez berkata, kejohanan tertutup dunia pada minggu ini di sini akan memberi kelebihan tanpa kehadiran Russia yang berdepan penggantungan oleh Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Ditanya jika dia merasakan ia adalah perkara yang baik bagi atlet Russia yang tidak menyertai kejohanan itu, Martinez berkata: "Sudah tentu. Mereka perlu berdepan dengan akibatnya."

Martinez juga menyertai atlet lain di seluruh dunia yang mahukan atlet Russia digantung daripada Olimpik di Rio de Janeiro pada Ogos ini, dengan meluahkan kebimbangan bahan terlarang yang digunakan bertahun-tahun sebelum ini akan memberi kesan dalam membantu prestasi mereka.

"Anda tidak boleh membersihkan sesuatu seperti itu dalam masa kurang daripada setahun," kata Martinez. "Anda akan mendapat manfaat daripada bahan itu." - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X