Isnin, 14 March 2016 | 11:39am

2 cedera kemalangan 4 kenderaan

NILAI: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 286.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat Nilai arah selatan, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan sebuah van serta masing-masing sebuah Perodua Myvi, Viva dan Proton Waja.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir, berkata pemandu van dan pemandu Perodua Myvi, berusia 40-an, cedera ringan lalu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 pagi sebelum menghantar sembilan anggota yang tiba di tempat kejadian jam 5.40 pagi. Semua tujuh mangsa, termasuk dua yang cedera berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam," katanya sebentar tadi.

Berita Harian X