X
Isnin, 14 March 2016 | 11:17am

Penunggang maut terperosok bawah kereta

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mayat mangsa dari bawah kereta - Foto bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mayat mangsa dari bawah kereta - Foto bomba

KLANG: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah kereta di Jalan Klang Sentral, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Muhamad Asyraaf Ridzuwan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terperosok di bawah kereta dengan kecederaan parah di muka dan kepala.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata nahas berlaku ketika pemandu kereta mahu membuat pusingan U dan tidak perasan motosikal ditunggang mangsa menghampirinya.

"Kedua-dua mereka datang dari arah Meru menghala Kapar. Mangsa terperosok ke bawah kereta berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohd Sani berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis, manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.

PENOLONG Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
PENOLONG Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Berita Harian X