Isnin, 7 March 2016 | 1:23pm

Setubuh luar nikah: Ustaz Kasanova dipenjara 12 bulan, 6 sebatan

MOHD Razis (kanan) dihukum penjara 12 bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
MOHD Razis (kanan) dihukum penjara 12 bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Lelaki digelar 'ustaz kasanova' dihukum penjara 12 bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini kerana melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita berusia 40 tahun, bukan isterinya yang sah mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34, dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap 29 Februari lalu.

Pada 29 Februari lalu, selain tuduhan melakukan persetubuhan luar nikah, Mohd Razis turut mengaku bersalah atas lima tuduhan lain termasuk percubaan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita masing-masing berusia 24 tahun dan 40 tahun dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Bagaimanapun, di Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menangguhkan jatuh hukum untuk lima pertuduhan berkenaan bagi meneliti hujah pendakwaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X