Isnin, 7 March 2016 | 1:54am

West Brom kejutkan United 1-0

PEMAIN Manchester United, David De Gea, cuba menghalang pemain West Broms menjaringkan gol. - Foto AP

WEST BROMWICH: Jaringan Jose Salomon Rondon menjadi pemisah ketika West Bromwich Albion mencipta kemenangan tipis 1-0 mengatasi Manchester United di di The Hawthorns sebentar tadi.

Rondon meledak dengan kaki kiri untuk mengatasi David De Gea pada minit ke-66 selepas keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti.

Pada babak pertama West Brom dan United gagal mencipta gol apabila tiada sebarang cubaan merbahaya boleh menggugat kedua-dua penjaga gol oleh barisan serangan.

Juan Mata pula dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning pada minit ke-25 menyebabkan perancangan United menjadi lebih sukar.

Bagaimanapun West Brom gagal menggunakan kesempatan itu bagi mencari gol pembukaan sehinggalah kesempatan terhidang disempurnakan Rondon. - Agensi

Berita Harian X