Ahad, 6 March 2016 | 11:46am

Kakitangan NSTP meninggal dunia

ABDUL Halim dikatakan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi.

SERDANG: Kakitangan Jabatan Sumber Manusia The New Straits Times Press (NSTP) Berhad meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Serdang di sini, awal pagi tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Abdul Halim Abdul Hamid, 53, yang bercuti sakit, dikatakan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 pagi.

Abangnya, Abdul Razak Abdul Hamid, 56, berkata Allahyarham disahkan mengalami jangkitan pada paru-paru sejak dua minggu lalu.

"Arwah pernah dimasukkan ke hospital selama seminggu mulai 19 Februari lalu akibat jangkitan terbabit dan esok arwah sepatutnya membuat pemeriksaan sekali lagi," katanya ketika ditemui, hari ini.

Jenazah Abdul Halim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serdang jam 10 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan balu, Saadiah Ahmad Saai, 58, dan dua anak perempuan, Nur Khairunnisa, 23, serta Nur Khairiyah, 20.

Berita Harian X