Sabtu, 5 March 2016 | 12:01am
PELAKON terkenal, Zizan Razak, digossip ada hubungan dengan bekas isteri Eizlan, Vie Santie. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON terkenal, Zizan Razak, digossip ada hubungan dengan bekas isteri Eizlan, Vie Santie. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
EIZLAN sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah Sains Pengurusan di UUM. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
EIZLAN sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah Sains Pengurusan di UUM. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Eizlan tak kisah siapa kawan bekas isteri


FEBRUARI sudah pun melabuhkan tirainya dan bulan kedua dalam kalendar Masihi itu ternyata meninggalkan memori hitam buat pelakon Datuk Eizlan Yusof.

Pada Februari tahun lalu, beliau dan Vie Santie Harun, disahkan bercerai selepas hakim mendapati lafaz diucapkan pelakon itu terhadap bekas isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Biarpun setahun peristiwa itu berlalu, namun bagi aktor berkenaan, peritnya masih lagi terasa di lubuk hati.

Malah, Eizlan tidak malu mengakui disebabkan masih trauma dengan perpisahan itu, pintu hatinya belum terbuka bagi menerima mana-mana wanita untuk dijadikan teman hidup.

"Bohonglah kalau saya katakan tiada wanita cuba mendekati ketika ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, saya layan, tetapi jika tengok caranya lain macam saja, saya akan cuba menjauhkan diri. Terus-terang, parut luka akibat perceraian itu masih bersisa dan belum sembuh sepenuhnya.

"Masih terbayang-bayang betapa perpisahan itu membuatkan hidup saya seperti orang gila. Keadaan diri tidak terurus, ditambah pula waktu itu perniagaan saya menghadapi masalah, lagilah ia membuatkan situasi semakin parah.

EIZLAN Yusof ketika menghadiri majlis pelancaran Dewamor Perfume By Nizam di Saloma Bistro, Ampang, baru-baru ini. - Fot Mohd Khairul Helmy Mohd Din
EIZLAN Yusof ketika menghadiri majlis pelancaran Dewamor Perfume By Nizam di Saloma Bistro, Ampang, baru-baru ini. - Fot Mohd Khairul Helmy Mohd Din

EIZLAN yang masih trauma dengan perceraian, mengakui hatinya belum terbuka menerima wanita lain sebagai teman hidup yang baharu. - Foto Amirudin Sahib
EIZLAN yang masih trauma dengan perceraian, mengakui hatinya belum terbuka menerima wanita lain sebagai teman hidup yang baharu. - Foto Amirudin Sahib

"Hendak berlakon pun saya tidak boleh hendak fokus, sampai terpaksa ulang berbelas-belas kali bagi satu babak. Mujurlah pihak produksi memahami," dedah Eizlan lagi.

Namun begitu, demi anak-anak yang semakin membesar, aktor berusia 44 tahun ini menggagahkan diri juga untuk bangkit melawan perasaan terbabit dan meneruskan kehidupannya seperti waktu bahagianya dulu.

"Enam hingga tujuh bulan hidup saya merana dan meratapi perpisahan itu, akhirnya saya mampu bangkit melawan perasaan sedih terbabit. Semuanya kerana anak-anak. Merekalah menjadi kekuatan kerana saya tidak mahu melihat mereka bersedih menyaksikan keadaan seperti itu.

"Perlahan-lahan saya membina kehidupan baharu. Berikutan itu juga saya mengambil keputusan menyambung pengajian dalam program Doktor Falsafah Sains Pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya mahu anak-anak bangga dengan saya," tutur pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta ini.

Eizlan dan Vie Santie mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia, yang berumur antara tiga hingga lapan tahun.

EIZLAN bersama tiga anaknya yang kini dalam jagaan bekas isteri.
EIZLAN bersama tiga anaknya yang kini dalam jagaan bekas isteri.

Selepas disahkan bercerai, pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie selaku ibu, manakala Eizlan mendapat kebenaran bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Ditanya tidakkah dirinya berasa sunyi apabila hidup bersendirian sementelah beliau sendiri pernah hidup berpasangan, Eizlan berkata, kesibukan membuatkan dirinya berjaya menghalang perasaan sunyi daripada terus bertandang.

"Apabila saya sibuk dengan kerja, urusan perniagaan, berlakon dan fokus terhadap kursus diikuti, tiada masa saya hendak fikir mengenai rasa sunyi. Saya bahagia begini. Fokus saya memang pada kerja, belajar dan anak-anak," ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ini bertebaran gosip mendakwa bekas isterinya mempunyai hubungan dengan pelakon terkenal, Zizan Razak.

Malah, kerap kali juga media terserempak dengan pasangan itu keluar bersama-sama. Dek gosip itu juga, Eizlan menjadi buruan media yang mendambakan komennya berhubung perkara berkenaan.

VIE Shanti Harun, bekas isteri kepada Eizlan
VIE Shanti Harun, bekas isteri kepada Eizlan

GAMBAR kenangan bersama anak dan bekas isterinya yang dimuat naik Eizlan Yusof pada laman Instagramnya. - Foto ihsan Instagram @eizlanyusof
GAMBAR kenangan bersama anak dan bekas isterinya yang dimuat naik Eizlan Yusof pada laman Instagramnya. - Foto ihsan Instagram @eizlanyusof

Ketika diminta ulasannya berhubung gosip terbabit, Eizlan mengaku persoalan seperti itu cukup membuatkan dirinya tertekan.

"Saya akui ramai pihak seperti media dan orang luar sering bertanyakan perkara itu. Apabila terlalu kerap orang bertanya, ia menjadi tekanan sedangkan ia bukan urusan saya. Dia bukan lagi di bawah tanggungjawab saya dan bebas berkawan dengan sesiapa saja," tegasnya.

Mengenai harapan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, Eizlan berkata, beliau sudah melupakan hasrat berkenaan selepas mendapati tiada maklum balas yang positif daripada Vie Santie.

"Rasanya sudah tiga kali saya menyatakan hasrat untuk kembali rujuk, tetapi pihak di sana tidak memberi sebarang kata putus. Fahamlah saya akan maksudnya," ujarnya seperti berputus harap.

Berita Harian X