Sabtu, 27 Februari 2016 | 1:57pm

9 wanita hamil dijangkiti Zika di AS

NEW YORK: Jangkitan Zika ke atas sembilan wanita hamil disahkan di Amerika Syarikat, termasuk seorang melahirkan bayi yang mengalami kecacatan, kata pegawai kesihatan.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan, ia menyiasat 10 lagi laporan wanita hamil yang dijangkiti Zika.

Semuanya dijangkiti ketika melawat atau berada di lokasi penularan virus berkenaan.

Pada Jumaat juga, CDC mengeluarkan amaran kepada penduduk yang merancang mengunjungi bandar raya Rio de Janeiro di Brazil untuk menyaksikan temasya Sukan Olimpik.

Pihak berkuasa di Brazil mengkaji kemungkinan kaitan dengan bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil, kecacatan kelahiran digelar mikrosefali, yang memberi petanda kerosakan otak.

Zika menjadi wabak di Amerika Latin dan Caribbean sejak musim luruh lalu. Virus berkenaan yang merebak melalui gigitan nyamuk, menyebabkan mangsa mengalami sakit ringan dan kebanyakan orang tidak menunjukkan sebarang simptom. - AP

Berita Harian X