Sabtu, 27 Februari 2016 | 12:18am

Dua sahabat maut digilis kereta

GOMBAK: Dua sahabat maut akibat digilis kereta selepas motosikal yang dinaiki mereka memasuki laluan bertentangan, dalam kejadian di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 17 tahun dan 18 tahun, yang menaiki motosikal jenis Suzuki, maut di tempat kejadian selepas akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ulu Yam menghala ke Selayang menuruni bukit berselekoh di kawasan berkenaan sebelum kenderaan mereka hilang kawalan dan terbabas di laluan bertentangan.

"Sebuah kereta jenis Toyota Harrier dari arah Selayang tidak sempat mengelak dan menggilis mangsa," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ali berkata, mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X