Selasa, 21 Oktober 2014 | 11:12am

Pemandu lori ayam maut nahas di Taiping

SEORANG maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 203.6, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan, dekat sini, pagi tadi.

TAIPING: Seorang maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 203.6, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori membawa ayam, Salim Sariboo, 43, yang dilaporkan tersepit di tempat pemandu kenderaan itu.

Mangsa yang cedera pula ialah dua beranak yang belum dikenal pasti identiti mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.42 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian mendapati lori ayam berkenaan merempuh belakang sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

SEORANG maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 203.6, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan, dekat sini, pagi tadi.

Katanya, anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat pemandu lori ayam yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua beranak cedera selepas PROTON Iswara yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta Nissan Teana selepas kedua-dua kenderaan itu cuba mengelak tandan sawit yang bertaburan di atas lebuh raya.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X