Khamis, 25 Februari 2016 | 10:13am

Krisis Zika akan bertambah buruk - WHO

KETUA Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Margaret Chan (tengah) disambut pegawai setibanya di Institut Penyelidikan Perdana Brazil, di Rio de Janeiro, Brazil. - Foto AP
KETUA Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Margaret Chan (tengah) disambut pegawai setibanya di Institut Penyelidikan Perdana Brazil, di Rio de Janeiro, Brazil. - Foto AP

RIO de JANEIRO: Virus Zika yang dipercayai ada kaitan dengan keadaan mikrosefali, memberikan cabaran hebat yang sukar dibasmikan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Margaret Chan.

Menggelar Zika yang dibawa nyamuk sebagai "ancaman lebih besar" berbanding kebimbangan kesihatan sebelum ini berdasarkan penularan secara geografi, Chan berkata cabaran besar menanti di depan.

"Keadaan mungkin menjadi lebih buruk sebelum ia bertambah baik," katanya di Rio de Janeiro selepas misi ke Brazil, pusat penularan Zika.

Chan berkata, sebahagian cabaran dalam memerangi virus itu adalah ia "amat misteri". Malah kaitan dengan mikrosefali juga tidak dapat dibuktikan sepenuhnya.

"Kita berhadapan virus penuh muslihat, penuh dengan ketidaktentuan, jadi kita perlu bersedia dengan kejutan," katanya.

Chan berkata, sehingga 46 negara melaporkan bukti jangkitan Zika dan 130 negara menjadi tempat pembiakan nyawa Aedes aegypti yang membawa virus itu, bermakna penularannya amat besar. - AFP

Berita Harian X