Rabu, 24 Februari 2016 | 9:07pm

Banjir Sarawak: Bilangan mangsa terus menurun

TINJAUAN keadaan banjir si sekitar daerah Serian. - Foto Nadim Bokhari
TINJAUAN keadaan banjir si sekitar daerah Serian. - Foto Nadim Bokhari

KUCHING: Tujuh pusat pemindahan mangsa banjir masih beroperasi di Sarawak - kesemuanya dalam daerah Serian berikutan penutupan pusat terakhir di Kuching petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata hingga jam 8 malam ini seramai 1,538 orang mangsa daripada 483 keluarga masih berada di pusat-pusat berkenaan.

Katanya, bilangan itu menurun daripada 2,366 yang dicatatkan pagi tadi dan 4,251 orang malam tadi.

Dengan keadaan cuaca yang cerah sepanjang hari ini, beliau menjangka lebih ramai mangsa akan dapat kembali ke rumah masing-masing esok.

Banjir yang melanda negeri Sarawak sejak Sabtu lalu menjejaskan seramai 7,965 orang daripada 2,051 keluarga yang terpaksa berpindah ke pusat-pusat perpindahan - 25 di Kuching, Serian (13), Bau (14), Samarahan (5), Padawan (1) dan Simunjan (1). - BERNAMA

Berita Harian X