Khamis, 18 Februari 2016 | 5:19pm

China letak peluru berpandu di pulau rebutan - AS


IMEJ satelit Pulau Woody.

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat mengesahkan China menempatkan peluru berpandunya di pulau yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.

Washington turut meluahkan kebimbangan berhubung tindakan Beijing meningkatkan aktiviti "ketenteraan" di wilayah itu.

Laporan Fox News pada awal minggu ini menyebut, imej menunjukkan dua daripada lapan pelancar peluru berpandu dan sistem radar tiba di Pulau Woody, pulau utama Paracels.

"Kami percaya gambar itu asli dan China menempatkan SAMs di Pulau Woody," kata pegawai Amerika, merujuk kepada peluru berpandu dari darat ke udara.

Pegawai berkata, ia daripada jenis HQ-9s, yang boleh pergi sejauh 200 kilometer.

Pakar berkata, ia mungkin digunakan untuk menyasarkan pesawat musuh.

Beijing menegaskan ia berhak membina sistem mempertahankan diri di wilayah strategik itu. - AFP

Berita Harian X