Khamis, 18 Februari 2016 | 12:24am
JENAZAH tiga mangsa kemalangan maut, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhamad Asyraf Isa, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin
JENAZAH tiga mangsa kemalangan maut, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhamad Asyraf Isa, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Jenazah empat sahabat dikebumi

PASIR GUDANG: Jenazah empat sahabat yang ditemui maut dalam kereta di sungai di Kilometer 42 Jalan Kota Tinggi - Mersing, pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Cahaya Masai dan Plentong, dekat sini, sebentar tadi.

Jenazah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa, sebelum itu disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, yang terletak berhampiran dengan kediaman keluarga mereka.

Kira-kira 1,000 jemaah hadir ke solat jenazah berkenaan.

Jenazah Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang, manakala jenazah Abu Izzani dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong.

Empat rakan sebaya berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Terengganu untuk bercuti.

Mereka dikatakan bertolak dari Seri Alam, di sini kira-kira jam 9.30 malam 10 Februari lalu dengan menaiki kereta Honda Accord.

Mereka dipercayai melalui jalan Johor Baharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian, namun gagal dihubungi melalui telefon bimbit selepas dua jam bertolak.

Keluarga mangsa membuat laporan polis lima hari kemudian selepas gagal menghubungi mereka.

Kereta Honda Accord itu ditemui beberapa pekerja ladang pada jam 9.20 pagi.

Berita Harian X