Selasa, 9 Februari 2016 | 9:05am

Real Sociedad belasah Espanyol 5-0


PEMAIN Real Sociedad, meraikan kemenangan. - Foto EPA

MADRID: Real Sociedad melakar kemenangan terbesar musim ini ketika membelasah Espanyol 5-0, awal pagi tadi.

Penyerang Mexico, Carlos Vela mengejutkan pertahanan Espanyol apabila membuat hantaran jauh kepada Janathas untuk gol pembukaan seawal minit kelima dan dua minit selepas itu, beliau sendiri memastikan nama selaku penjaring.

Sociedad terus kukuh di babak kedua kali ini menerusi pemain tengah 18 tahun, Mikel Oyarzabal mencipta jaringan sebelum Diego Reyes dan melengkapkan kemenangan.

"Kami belajar daripada kesilapan ketika menentang Sporting Gijon," kata jurulatih Sociedad, Eusebio Sacristan merujuk kepada kekalahan 5-1 kepada Gijon. - AP

Berita Harian X