Selasa, 2 Februari 2016 | 1:28am

13 pelajar kolej India lemas ketika berkelah

ORANG ramai mengangkat mayat seorang daripada 13 pelajar kolej yang lemas di pantai Murud, yang terletak kira-kira 140 likometer dari selatan Mumbai, India. - AFP
ORANG ramai mengangkat mayat seorang daripada 13 pelajar kolej yang lemas di pantai Murud, yang terletak kira-kira 140 likometer dari selatan Mumbai, India. - AFP

MUMBAI: Seramai 13 orang pelajar dilaporkan lemas ketika mandi di kawasan pantai di barat India.

Penolong Inspektor polis, Arvind Patil, berkata tragedi berlaku di pantai Murud, terletak kira-kira 140 kilometer dari selatan bandar ini, di daerah Raigad, Maharashtra.

"Kira-kira 155 pelajar dari Pune pergi bermandi-manda di pantai utama di Murud dan sesetengah mereka pergi berenang sekitar jam 3.30 petang.

"Malangnya, 13 daripada mereka dilaporkan lemas. Mangsa berusia antara 19 tahun dan 23 tahun," katanya sambil menambah mangsa terdiri daripada 10 wanita dan tiga lelaki. - AFP

Berita Harian X