Isnin, 1 Februari 2016 | 8:38am
PEGAWAI polis Arab Saudi mengawal lokasi insiden lelaki bersenjata yang menembak mati dua polis Arab Saudi dalam serangan di timur wilayah Qatif, semalam. - Foto http://www.iran-daily.com/

Lelaki tembak mati dua polis Arab Saudi

RIYADH: Lelaki bersenjata menembak mati dua polis Arab Saudi dalam serangan di timur wilayah Qatif, kawasan minoriti Syiah di negara itu, kata polis.

Dua pegawai polis itu sedang mengiringi sebuah trak membawa wang tunai apabila mereka "diserang bertalu-talu daripada penyerang tidak dikenali di Sihat, wilayah Qatif," kata jurucakap polis.

Jurucakap polis seperti yang dilaporkan agensi berita SPA tidak menyatakan sama ada serangan itu bermotif politik atau jenayah.

Pada 4 Januari, polis menembak mati orang awam di tempat lahir ulama Syiah terkenal, Nimr al-Nimr yang sebelum itu dihukum mati atas dakwaan 'keganasan.'

Terdahulu, puak Syiah membantah hukuman mati terhadap Nimr.

Berita Harian X