Khamis, 28 Januari 2016 | 11:43am

WHO digesa tangani virus Zika

ORANG ramai membaca informasi berkenaan jangkitan virus Zika di Pusat kesihatan San Juan, Puerto Rico . - Foto REUTERS
ORANG ramai membaca informasi berkenaan jangkitan virus Zika di Pusat kesihatan San Juan, Puerto Rico . - Foto REUTERS

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) didesak mencari langkah segera menangani jangkitan virus Zika, yang dikaitkan dengan ribuan kecacatan kelahiran di Brazil.

Virus itu dipercayai dibawa sejenis nyamuk dikenali Aedes aegypti, yang hidup di negara tropika.

Agensi itu dijadual mengadakan sesi khas hari ini membabitkan virus yang dikatakan merebak melalui Amerika Latin dan Caribbean.

Ketua Pengarahnya, Margaret Chan, akan mempengerusikan mesyuarat lembaga eksekutif agensi itu berhubung perkara itu di Geneva.

Amerika Syarikat berkata, ia akan menyekat orang ramai yang pernah berada di wilayah yang terjejas oleh virus berkenaan daripada menderma darah dalam usaha untuk menghalang jangkitannya.

Sementara itu, syarikat penerbangan turut mengambil langkah keselamatan membabitkan wanita hamil yang bakal terbang ke negara yang terbabit.

Syarikat penerbangan Chile, LATAM Airlines, menawarkan bayaran balik atau peluang untuk mengubah destinasi bagi wanita hamil dan mereka yang mengiringinya.

Ia membabitkan penerbangan antarabangsa yang ditempah ke Brazil, Colombia, Mexico dan negara lain yang terjejas.

Syarikat penerbangan United Airlines pula membolehkan pelanggan menangguhkan perjalanan mereka ke negara terjejas atau mendapatkan bayaran balik tanpa penalti. - REUTERS

Berita Harian X