Khamis, 21 Januari 2016 | 3:34pm

Parti Komunis Vietnam mula pemilihan pemimpin

PRESIDEN Vietnam, Truong Tan Sang (kanan) berucap di majlis perasmian Kongres Kebangsaan ke-12 Parti Komunis Vietnam di Hanoi. - Foto AFP

HANOI: Perwakilan Parti Komunis Vietnam berhimpun di Hanoi bagi memulakan proses pemilihan barisan pemimpin baharu.

Kongres setiap lima tahun parti yang memerintah sejak perang berakhir pada 1975

itu akan berlangsung selama lapan hari secara tertutup.

Lebih 1,500 delegasi akan menamakan bakal memilih presiden, perdana menteri dan setiausaha agung parti.

Mereka yang menang bakal menentukan hubungan Vietnam dengan rakan kongsi utama termasuk Amerika Syarikat dan China.

Jawatan setiausaha agung menyaksikan persaingan antara Perdana Menteri, Nguyen Tan Dung, yang dilihat lebih moden, mesra dan cenderung kepada Amerika Syarikat, menentang penyandang parti, Nguyen Phu Trong.

Dung meraih populariti di dalam negara menerusi retorik anti-China membabitkan wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan, manakala Trong lebih mesra dengan China, rakan dagangan terbesar Vietnam.

Kongres berlangsung ketika ketegangan dengan China makin memuncak.

Kelmarin, Vietnam menuntut China mengeluarkan pelantar minyak kontroversi yang diletakkan di perairan yang dituntut kedua-dua negara. - Agensi

Berita Harian X