Khamis, 21 Januari 2016 | 12:48am

Pasukan besar EPL belum buat pecutan - Ranieri


PENGURUS Leicester City, Claudio Ranieri. - Foto Reuters

LONDON: Pasukan "besar" dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum membuat pecutan mereka, kata pengurus Leicester City, Claudio Ranieri ketika pasukannya berkongsi mata dengan pendahulu Arsenal.

Ketinggalan di belakang Gunners berdasarkan perbezaan gol, Leicester kini memiliki kelebihan tujuh mata daripada kelayakan Liga Juara-Juara dan jurang sembilan mata untuk tempat terakhir ke Eropah dalam kedudukan liga.

"Pasukan besar masih belum membuka turbo mereka - dan kami harap mereka tidak melakukannya.

"Ia adalah liga yang gila kerana jika ia liga yang normal, Leicester tidak akan berada di kedudukan teratas," katanya.

Ketika mereka melalui musim yang berubah-ubah, Ranieri berkata: "Saya mahu menjadi orang dan pasukan paling gila dalam Liga Perdana."

Penjaring gol berkongsi jaringan terbanyak liga, Jamie Vardy, dengan 15 gol setakat ini, gagal menjaringkan gol dalam enam penampilan terakhir.

Bagaimanapun, Ranieri berkata, beliau tidak bimbang dan yakin penyerang itu akan kembali menemui semula sentuhannya. - REUTERS

Berita Harian X