X
Rabu, 20 Januari 2016 | 2:56pm

Kerajaan disaran tubuh Majlis Tertinggi TPPA - FMM

PRESIDEN Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Seri Saw Choo Boon (empat dari kiri) bersama (dari kiri) Presiden PERDASAMA, Datuk Moehamad Izat Emir, Pengarah Eksekutif AMCHAM, Siobhan M.Das, Presiden MICCI, Datuk Wira Jalilah Baba, Tan Sri Yong Poh Kon, Datuk Dr.Hasan Mad, Ong Chee Tat dan Michael Chai Woon Chew pada sidang akhbar bersama tujuh persatuan dan dewan perniagaan berhubung Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA). - Foto Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) bersama enam persatuan industri tempatan menyarankan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Tertinggi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Presiden FMM, Datuk Seri Saw Choo Boon, berkata majlis berkenaan yang disertai oleh sektor awam-swasta, akan mengkaji kesan, manfaat dan cabaran perjanjian itu kepada Malaysia secara komprehensif.

Katanya, penubuhan majlis itu penting untuk memaksimumkan nilai TPPA dan memberi kefahaman kepada pemain industri secara terperinci mengenai perjanjian perdagangan keempat terbesar itu, selepas Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Perdangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

"Kami mencadangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerajui Majlis Tertinggi berkenaan memandangkan ia memiliki kefahaman terperinci mengenai TPPA selepas terbabit secara langsung dalam rundingan perjanjian itu.

"Kementerian lain yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan TPPA seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Sumber Manusia juga dicadangkan untuk menjadi sebahagian dari majlis ini," katanya pada sidang media bersama di sini, sebentar tadi.

Turut menyertai sidang media itu adalah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Wira Jalilah Baba; Timbalan Ketua Setiausaha II Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China-Malaysia (ACCCIM), Michael Chai Woon Chew; Ketua Setiausaha Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad; Timbalan Presiden Persatuan SME Malaysia, Ong Chee Tat; Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir; Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Siobhan M Das.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X