Selasa, 12 Januari 2016 | 12:39pm

Lebihan akaun semasa 17 bulan berturut-turut

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe. - Foto AFP
PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe. - Foto AFP

TOKYO: Jepun mencatat lebihan akaun semasa untuk bulan ke-17 berturut-turut pada November, menyediakan sokongan kepada usaha Perdana Menteri Shinzo Abe bagi melonjakkan ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Lebihan dagangan berada pada 1.14 trilion yen (AS$9.7 bilion) pada November, naik daripada 440.2 bilion setahun lalu, kata menteri kewangannya hari ini.

Anggaran penengah 23 pakar ekonomi dikaji selidik Bloomberg ialah lebihan dagangan 895 bilion yen.

Lebihan dagangan itu disokong kenaikan dalam pendapatan daripada pelaburan luar negara oleh syarikat Jepun selain pendapatan dalam sektor perkhidmatan, dengan kemasukan pelancong selepas kejatuhan nilai yen.

Lonjakan itu membantu ekonomi yang mendapat kesan daripada kelembapan dalam eksport termasuk ke China, rakan dagangan terbesar Jepun.

"Lebihan akaun semasa terbesar baik bagi ekonomi Jepun," kata Junko Nishioka, ketua pakar ekonomi di Sumitomo Mitsui Banking Corp di Tokyo.

"Maju ke depan, Jepun berkemungkinan berpaut pada arah aliran lebihan itu."

Kejatuhan harga minyak dan kenaikan yen baru-baru ini, yang menolak turun harga import dan imbangan perdagangan yang bertambah baik, dijangka membantu mengekalkan lebihan akaun semasa Jepun dalam bulan-bulan mendatang, kata Nishioka.

Lebihan pendapatan utama berada pada 1.54 trilion yen pada November, rekod terbesar bagi November, demikian menurut laporan itu.

Imbangan perkhidmatan mencatat lebihan 61.5 bilion yen, dibantu oleh caj bagi penggunaan hak harta intelek dan pengembaraan. - Bloomberg

Berita Harian X