Isnin, 11 Januari 2016 | 12:33pm

2 pendaki terkandas di Gunung Bintang dibawa turun

PASUKAN penyelamat melancarkan gerakan menyelamat selepas tiga pendaki terkandas di Gunung Bintang, Kampung Sedim, Kulim. - Foto Azahar Hashim
PASUKAN penyelamat melancarkan gerakan menyelamat selepas tiga pendaki terkandas di Gunung Bintang, Kampung Sedim, Kulim. - Foto Azahar Hashim

KULIM: Dua mangsa terakhir yang terkandas di puncak Gunung Bintang sejak malam Sabtu lalu, diselamatkan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebentar tadi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Hafiz Suhaimi, berkata Muhamad Faisal Abu Bakar, 29, dan rakannya yang mengalami kekejangan, Shahfaizal Ramzi, 26, dibawa turun dari lokasi mereka ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mohd Hafiz berkata, sebaik helikopter mendarat di padang bola Kampung Desa Teruna berhampiran pusat operasi menyelamat, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kulim menggunakan jentera (EMRS) untuk rawatan lanjut.

"Pusat Operasi menyelamat ini akan ditutup kira-kira jam 3 petang ini kerana kami masih menunggu beberapa anggota penyelamat yang berjalan turun," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Berita Harian X