Sabtu, 9 Januari 2016 | 12:12pm

Spieth mula pamer belang

SPIETH merakam catatan sembilan bawah par 64 untuk mendahului empat pukulan dalam aksi hari kedua Kejohanan Golf Juara-Juara Hyundai di Hawaii, hari ini. - Foto AFP

LOS ANGELES: Bintang nombor satu dunia, Jordan Spieth merakam catatan sembilan bawah par 64 untuk mendahului empat pukulan dalam aksi hari kedua Kejohanan Golf Juara-Juara Hyundai di Hawaii, sebentar tadi.

Spieth melakukan cip 35 kaki untuk eagle pada lubang kesembilan dan membenam tujuh birdie di atas lapangan Kapalua Plantation di Pulau Maui.

Catatan 16-bawah 130 menyaksikan dia mengatasi empat pukulan ke atas pendahulu hari pertama Patrick Reed (69), Kevin Kisner (65) dan Fabian Gomez (66), dan pemain berusia 22 tahun itu yang menduduki tempat kedua pada hari pertama semalam kini berada pada landasan tepat untuk memecah rekod kejohanan 31-bawah yang dicipta Ernie Els pada 2003.

Seandainya menjulang trofi itu esok, ia akan menjadi gelaran ketujuh Spieth dalam Jelajah PGA, sekali gus menyamai pencapaian Tiger Woods sebelum mencecah usia 23 tahun.

Tanpa sebarang catatan bogey pada dua pusingan pertama, Spieth seakan gah pada lubang par-5 apabila berjaya mencatat bawah lima pukulan di setiap lubang berkenaan, dan pada beberapa pukulan dia berdepan detik cemas, namun diselamatkan ketenangannya untuk menyudahkan pukulan sempurna.

Spieth menutup pusingan kedua dengan bergaya, membenamkan pukulan sejauh 13 kaki untuk birdie pada lubang ke-18 par-5 yang mana bola dia terlebih dulu memusing di sekitar gigi lubang sebelum masuk ke dalamnya. - REUTERS

Keputusan Pusingan Ke-2:

130 - Jordan Spieth 66-64

134 - Kevin Kisner 69-65, Fabian Gomez (ARG) 68-66, Patrick Reed 65-69

135 - Danny Lee (NZL) 67-68

136 - Rickie Fowler 69-67, Steven Bowditch (AUS) 69-67

137 - Peter Malnati 71-66, Bubba Watson 69-68, Brooks Koepka 69-68

138 - Padraig Harrington (IRL) 70-68, Matt Every 70-68

139 - Smylie Kaufman 70-69, Brandt Snedeker 67-72

140 - Dustin Johnson 73-67, Bill Haas 71-69, Scott Piercy 71-69

141 - Jimmy Walker 70-71, Chris Kirk 70-71

142 - David Lingmerth (SWE) 71-71

143 - Troy Merritt 75-68, Russell Knox (SCO) 71-72, Jason Day (AUS) 70-73, Justin Thomas 70-73, J.B. Holmes 67-76

144 - Zach Johnson 75-69, Alex Cejka (GER) 72-72, Emiliano Grillo (ARG) 71-73

145 - Graeme McDowell (NIR) 75-70

147 - Davis Love 75-72

151 - J.J. Henry 77-74

152 - James Hahn 76-76

Berita Harian X