Isnin, 28 Disember 2015 | 11:36pm
GAMBAR viral di laman sosial mengenai fenomena salji di Arab Saudi.

Tiada salji di Arab Saudi

GAMBAR viral di laman sosial mengenai fenomena salji di Arab Saudi.

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Riyadh menafikan berlakunya fenomena salji di Arab Saudi kerana suhu yang dicatatkan pada kadar sederhana iaitu 30 darjah celcius.

Seorang jurucakap berkata, cuaca di Arab Saudi dan negara Arab sekitarnya berada pada tahap sederhana yang tidak mengambarkan keadaan sebenar seperti di dalam gambar.

"Tidak mungkin salji dengan cuaca sebegini, mungkin itu gambar dari negara lain ataupun orang Arab pergi melancong ke negara yang ada salji.

"Kalau ada salji, sudah pasti berita tersebar di media rasmi Arab Saudi ataupun kerajaan mengumumkan situasi terbabit," katanya yang dihubungi BH di sini sebentar tadi.

Beliau mengulas viral di laman sosial mengenai fenomena salji di Arab Saudi.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X