X
Khamis, 24 Disember 2015 | 3:58pm

Saham Asia cecah paras tertinggi dua minggu

TOKYO: Indeks saham Asia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua setengah minggu hari ini, didorong keuntungan di Wall Street dan pemulihan harga minyak sawit menjelang cuti umum perayaan Krismas.

Pasaran Eropah dijangka dibuka lebih tinggi pada separuh hari dagangan menjelang perayaan Krismas.

Penganalisis Kewangan IG menjangkakan FTSE 100 dan CAC masing-masing akan naik sekitar 0.1 peratus.

Indeks MSCI bagi Asia Pasifik selain Jepun, naik 0.6 peratus selepas saham AS mencatatkan keuntungan bagi sesi ketiga berturut-turut.

Saham Australia naik 1.3 peratus dipendekkan dengan musim cuti.

Namun, kaunter mewah China, Indeks CSI300 dan indeks komposit Shanghai kedua-duanya didagangkan satu peratus lebih rendah selepas penggubal undang-undang mengetatkan siasatan insurans bagi syarikat senaraian.

Dagangan hadapan minyak AS WTI, menambah 0.7 peratus kepada AS$37.77 setong manakala dagangan hadapan Brent naik satu peratus kepada AS$37.74.

Kedua-dua dagangan menambah satu dolar setong sejak dagangan kecil, sehari selepas minyak mentah brent mencecah paras terendah sejak Julai 2004.

"Harga mingguan yang menjunam dalam inventori mingguan turut membantu melantun semula namun rali turut memerlukan set kandungan jumlah dagangan yang kecil menjelang cuti umum.

"Peniaga kini meninjau untuk memulakan mencantikkan akuan apabila pasaran menutup tirai menjelang cuti Krismas yang panjang," kata Ketua Analisis CMC Markets, Michael Hewson, London, dalam notanya kepada pelanggan. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X