Rabu, 23 Disember 2015 | 7:27pm

Kakitangan PROPEL cedera, kenderaan terbabas

SEORANG kakitangan Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Bhd (PROPEL) cedera apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas. - Foto Ihsan PLUS

SEREMBAN: Seorang kakitangan Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Bhd (PROPEL) cedera apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas.

Dalam kemalangan itu di Kilometer 246.9 Lebuh Raya Utara-Selatan di Senawang dekat sini, kira-kira jam 3 petang, mangsa cedera di muka.

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd berkata, kemalangan berlaku ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Senawang ke Pedas, Rembau.

Katanya, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang sebuah bas ekspres di lorong paling kiri sebelum terbabas ke longkang di tepi lebuh raya itu.

"Kakitangan PROPEL berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, manakala bas ekspres meneruskan perjalanan dengan pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X