Sabtu, 19 Disember 2015 | 12:17am

Sambal goreng tempe

SURI rumah, Hasnah Norani menunjukkan
SURI rumah, Hasnah Norani menunjukkan

TEMPE makanan tradisional sinonim dengan masyarakat Jawa. Pelbagai resipi berasaskan tempe boleh dijadikan hidangan lazat sebagai pembuka selera.

Di Johor, tempe goreng dan sambal goreng Jawa, antara hidangan paling popular.

Nasi ambeng tidak lengkap tanpa sambal goreng yang turut menggunakan tempe sebagai bahan utamanya.

Tempe goreng juga dimakan begitu saja atau lebih sedap dicicah dengan sambal kicap atau dijadikan kerepek pelbagai perisa.

Tidak lengkap jika lodeh tanpa yang turut dicampur pelbagai sayursayuran jika tiada tempe. Sajian itu pula sudah biasa dijadikan sarapan di mana saja lokasi, selain dimakan dengan ketupat pada Aidilfitri dan Aidiadha.

Menariknya, tempe yang dihasilkan menerusi proses penapaian kacang soya ini, bukan saja saja dimakan oleh orang Melayu tetapi turut digemari orang Cina, India dan kaum lain juga.

Minggu ini, Aroma Kulinari memilih sambal goreng Jawa yang mudah disediakan untuk pembaca mencubanya.

Cara dan bahan memasak hidangan itu bergantung kepada cita rasa dan kreativiti seseorang.

INFO

Asal usul tempe

  • Berasal dari Pulau Jawa

  • Makanan tradisional diperbuat daripada kacang soya dan ragi yang diperam selama beberapa hari.

  • Kaya dengan protein, lemak dan karbohidrat

  • Sesuai dimakan pelbagai peringkat umur.

Cara membuatnya:

Dibungkus dengan daun pisang, kini dibungkus dengan plastik dan kertas hingga menghilangkan haruman aslinya.

Kacang soya akan direndam selama 24 jam supaya kulitnya tanggal. Kemudian ia direbus selama setengah jam. Letak dua gram ragi. Selepas air rebusan dibuang, sejukkan kacang itu, kemudian dimasukkan dalam plastik yang dilubangkan dan diperam selama 36 jam.

Sambal Goreng Jawa:

BAHAN yang diperlukan untuk menyediakan sajian Sambal Goreng Jawa.
BAHAN yang diperlukan untuk menyediakan sajian Sambal Goreng Jawa.

Bahan A (digoreng):

  • 3 keping tempe tebal yang dijual dalam bungkusan plastik

  • 4 keping tauhu

Bahan B (dikisar):

  • 3 biji bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • segenggam ikan bilis

  • 6 sudu cili boh

  • 10 batang kacang panjang

  • 10 gram suun (direndam)

  • 4 keping tauhu kering (direndam)

  • 2 batang lada merah dan hijau (dihiris untuk hiasan)

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Minyak masak

Cara penyediaan:

1. Tauhu, tempe dan kacang panjang dipotong serong.

2. Tauhu dan tempe digoreng tiga suku masak dan ketepikan.

3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan B yang sudah dikisar sehingga wangi.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian kacau rata.

5. Seterusnya, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng, kacang panjang, suun dan tauhu kering.

6. Tabur garam dan gula secukup rasa.

7. Kacau rata dan sedia dihidang.

Berita Harian X