X
Khamis, 17 Disember 2015 | 12:05am
JULIANA akan memulakan perniagaan awal tahun depan. - Foto Munira Abdul Ghani
JULIANA akan memulakan perniagaan awal tahun depan. - Foto Munira Abdul Ghani

Selera Juliana Evans bukan hanya pelawak



TIDAK henti-henti orang ramai mengaitkan dirinya bersama pelawak dan pelakon, Zizan Razak, biarpun kisah itu sudah lama terkubur.

Lebih menarik lagi, apabila pelakon jelita, Juliana Evans atau pemilik nama sebenar, Juliana Sophie Johari Evans, 26, sebelum ini pernah mengakui mereka berdua tidak pernah menjalinkan hubungan cinta, sebaliknya hanya kawan rapat sebelum beliau ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran.

Malah, apabila beliau pulang ke tanah air pada awal tahun ini, kecoh apabila namanya dikaitkan dengan isu keretakan hubungan Zizan bersama Emma Maembong. Bagaikan tiada noktah orang ramai mengaitkan namanya bersama pelawak itu.

Dengan itu, gadis berdarah campuran Melayu dan Inggeris itu menegaskan pada BH PLUS bahawa seleranya bukan hanya bertaut kepada pelawak.

Gadis yang mesra disapa sebagai Jue ini tidak menafikan dia gemarkan lelaki yang kelakar, tapi tidaklah semestinya seorang yang bekerjaya pelawak.

"Saya memang suka lelaki yang kelakar dan lelaki yang kelakar itu dikira bonus buat saya, apatah lagi yang pandai buat saya gelak dan menghiburkan saya.

JULIANA tidak menafikan dia gemarkan lelaki yang kelakar. - Foto Saifullizan Tamadi
JULIANA tidak menafikan dia gemarkan lelaki yang kelakar. - Foto Saifullizan Tamadi

"Tapi tidaklah semestinya seperti Zizan dan sekali lagi saya tegaskan di sini, saya dan Zizan dulu hanya berkawan. Saya boleh rapat dengannya sebab saya ini jenis yang suka berlawak dan dia pun memang selalu berlawak, itu sebab kami mudah rapat," katanya.

Ditanya pula mengenai lelaki pilihannya, graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Pengajian Media dan Perfileman), Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat itu tanpa berselindung berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki yang mampu menawan hatinya.

"Lelaki pilihan saya adalah seorang penyayang, penyabar, pandai mengambil hati saya, pandai memujuk saya serta yang sekepala dengan saya.

"Mungkin kalau cita rasa muzik dan filem kami sama, ia membuatkan kami lebih senang untuk rapat tapi tidak semestinya kami berkongsi banyak persamaan.

"Cuma kalau ada persamaan itu akan membuatkan kami berdua lebih senang berkongsi," katanya.

Namun, sehingga kini Jue mengakui masih lagi dalam tempoh mencari teman hidup.

Beliau tidak meletakkan tempoh sasaran untuk menamatkan zaman bujang, cuma berharap sebelum mencecah usia 30 tahun.

JULIANA mahukan lelaki yang penyayang, penyabar, pandai mengambil hati dan memujuk sebagai teman hidup. - Foto Munira Abdul Ghani
JULIANA mahukan lelaki yang penyayang, penyabar, pandai mengambil hati dan memujuk sebagai teman hidup. - Foto Munira Abdul Ghani

JULIANA menafikan pernah bercinta dengan Zizan. - Foto Rohanis Shukri
JULIANA menafikan pernah bercinta dengan Zizan. - Foto Rohanis Shukri

Jue bukan hanya dikaitkan dengan Zizan, malah pernah menjalinkan hubungan dengan rakan selebriti seperti Adam AF, Sam Bunkface dan Sona One.

Beliau juga pernah digosipkan dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Rahim.

Jue menidakkan hubungan itu, sebaliknya mengakui hanya berkawan rapat dengan pemain itu serta beberapa pemain JDT lain seperti Izham Tarmizi dan Nazrin Nawi.

Mengenai kerjaya seninya, Jue baru saja tamat dengan pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah.

Sementara itu, Jue turut berkongsi akan tampil dengan sebuah perniagaan, namun enggan bercerita lanjut.

"Ia projek pembukaan tahun 2016 buat saya," katanya yang juga akan tampil dengan dua filem iaitu Bella dan Jamie serta 7 Dimensi Aliff, tahun depan.

JULIANA bergandingan dengan Fathia Latiff dalam teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya. - Foto Munira Abdul Ghani
JULIANA bergandingan dengan Fathia Latiff dalam teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya. - Foto Munira Abdul Ghani

Berita Harian X